Sunday, June 14, 2009

Perginya Permata Da'ie

Mujahid muda terus maju ke hadapan!

Berbekalkan Al-Quran dan Sunnah!

Dalam menjayakan misi Da'wah!.

Roh pejuang terus mekar dalam diri!

Tulus ikhlas kerana Illahi!.

Allahuakbar!.

* Inalillahwainnailaihiroji'un

Dr Fathi Yakan

Dr Fathi Yakan, seorang permata Da'ie telah dijemput oleh malaikat untuk kembali kepada Pencipta dan Pemilik segala makhluk, tuhan semesta alam, Allah swt.

Seorang Dai'e yang berusia 72 tahun, telah menghabiskan hidupnya dengan dakwatul Islam dan banyak berjasa dalam menanam dan mengerakkan nilai - nilai Islam yang murni. Beliau juga sentiasa berusaha menyemai kefahaman yang jitu terhadap Islam. Cukup terkenal dengan karya bukunya, ' Apa Erti Aku Menganut Islam ' yang menjadi rujukan selongokkan Ummah.

Kini, beliau telah pergi menghadap Illahi. Kendatipun, semangat Mujahid - mujahid muda akan terus membara dan terus membara dalam menyampaikan risalah yang mulia. Moga akan lahir lebih banyak lagi tokoh - tokoh Islam yang bersiap sedia mengangkat martabat Islam yang agung setinggi-tingginya.

Jasa mu akan sentiasa dikenang

Moga Allah swt menempatkan destinasi barunya di syurga yang kekal abadi.

Dan, moga roh pejuang terus mekar dalam diri para Rijal, para pemuda dalam misi menyampaikan dakwah hanya kerana Allah swt.

Allahuakbar!


0 comments: